Pulau Besar, Melaka
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.
[sunting]Kemudahan
Terdapat beberapa resort di sini iaitu :
- Pandanusa Resort
- D'Puteri Kurnia Resort (sebelum ini Chandek Kura Hotel). Resort ini telah dibuka semula pada 1hb Ogos 2009 dibawah pengurusan baru iaitu Tropika Selesa Sdn Bhd. Anda dinasihatkan membuat tempahan terlebih dahulu terutama pada hujung minggu atau cuti umum. No tel resort tersebut ialah 06-2955899/06-2938753 atau fax 06-2952597.
[sunting]Cara ke sana
Terdapat 2 cara jika anda ingin kesana. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Perjalanan dengan feri adalah berjadual manakala bot laju pula masa perjalanan pergi/balik bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan sendiri oleh penumpang.
[sunting]Aktiviti yang boleh dijalankan
- Bersiar-siar di sepanjang pasir pantai yang putih
- Berenang
- Kembara hutan.
- Memancing
- Menziarah makam-makam
[sunting]Mitos dan legenda
Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.
Selain dari menziarahi Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terdapat banyak lagi makam-makam dan tempat-tempat yang menjadi tarikan utama disini, antaranya :-
- Makam Syarifah Rodziah
- Makam Tok Janggut
- Makam Tok Putih
- Perigi di Kaki Pulau
- Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
- Batu Tengkorak
- Pokok Disula
- Tasik Biawak
- Batu Belah
- Keramat Masin Tawar
- Istana Bunian
- Perkampungan Bunian
- Tasik Bunian
- Gua Yunus
- Keramat Ular
- Makam Nenek Kebayan
- Perigi Tempayan Pecah
- Makam Tujuh Beradik
- Makam Seribu
- Makam Nisan Satu
- Perigi Nenek Musallimah
- Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
- Batu Lesung
No comments:
Post a Comment